Background

Thursday, August 26, 2010

Pesanan Buat Suami

Khas buat semua insan yang bergelar suami...baca...fahami...dan hayatilah info ini sementara masih berkesempatan...moga ianya mampu memberikan kebahagiaan yang abadi...

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, hargailah sebelum terlewat...

Jika seorang isteri menangis dihadapanmu, itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi...
Jika kau memegang tangannya disaat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya seperti dulu...selamanya...
Seorang isteri tidak akan menngis dengan mudah, kecuali didepan orang yang sangat dia sayangi...dia akan menjadi lemah...
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu...dia akan menurunkan rasa EGOnya...

Wahai suami-suami,
Jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian, kerana dia adalah orang yang akan sentiasa bersamamu sama ada susah mahupun senang...
Wahai suami-suami,
Jika seorang isteri pernah menangis keranamu, tolong jangan mensia-siakannya...mungkin kerana keputusanmu, kau akan merosakkan kehidupannya...

Saat dia menangis didepanmu...saat dia menangis keranamu...
Lihatlah ke dalam matanya...dapatkah kau lihat rasa akan SAKITnya yang disebabkan perbuatanmu?

Apakah keistimewaan perempuan ini??

Disebalik kelembutannya, dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat...
Tutur katanya merupakan kebenaran...
Senyumannya adalah semangat bagi orang yang dicintainya...
Pelukannya bisa memberikan kehangatan bagi kamu dan anak-anakmu...

Dia tersenyum bila melihat temannnya tertawa...
Dia menangis bila melihat kesengsaraan pada insan-insan yang disayanginya...
Dia mampu tersenyum disebalik kesedihannya...
Dia sangat gembira melihat kelahiran...
Dia begitu sedih apabila melihat ataupun berdepan dengan kematian...
Titisan airmatanya bisa membawa kedamaian...

Tapi dia sering dilupakan hanya kerana satu perkara...
Bahawa betapa "BERHARGANYA" dia...

Kepada suami, selamilah hati seorang insan yang bergelar isteri...saat dirinya menerima lamaran darimu, itulah permulaan dia menyerahkan sepenuh hati, sepenuh jiwa dan raganya kepada dirimu...dia ingin menghabiskan sepanjang hayatnya bersama kamu dengan gembira dan tenang...sama ada di dunia mahupun akhirat...kerana dirimu adalah segalanya bagi dirinya...

Selamat berbahagia...



~Thanks for everything~


Kau Milikku...


No comments:

Post a Comment

~Because Allah LOVE me~

~Islamic Quotes~