Background

Sunday, May 5, 2013

::Trilogi PRU-13 Part I::

Assalamualaikum wbt...
PRU-13 merupakan pilihan raya yang agak sengit. Malah, dari PRU-13 inilah telah membuktikan setiap bangsa yang ada di Malaysia ini bersatu ataupun berpecah. Namun, walaupun keputusan PRU-13 telah pun diumumkan secara rasmi, malah sudah ada menteri-menteri besar sama ada baru dan lama, telah mengangkat sumpah, termasuk jugak perdana menteri, DS Najib Razak. Tapi, macham biasalah, bunyik2 masih lagi kedengaran. Malah, ketidakpuasan hati yang berlaku sama ada secara personal mahupun kepartian telah di interpretasikan ke dalam bentuk penghinaan dan kutukkan kepada mereka yang menang. Tak kurang jugak mereka yang menang memerli calon-calon yang kalah. Motip bergaduh???
Secara peribadi, PRU-13 telah membuka mata i tentang siapa i, siapa bangsa i di bumi sendiri. Dimanakah korupsi dan dimanakah ketelusan yang ada. Secara jujurnya, i rasa happy pulak ngan parti yang i pangkah tu kalah. Kenapakah?? Banyak sebab yang boleh i catat kat sini. Tapi, the most important thing adalah "KETELUSAN". Kenapa i mention perkataan ketelusan itu?? Sebabnya i mula yakin bahawa apa yang i dengar before this, antaranya ada KEBENARAN disebalik cerita-cerita yang berupa khabar angin itu. Even, peribahasa juga ada menyebut, kalau tiada angin, masakan pokok boleh bergoyang. Melainkan ada monyet or kera kat atas pokok tu.
Before balik mengundi lagi, i dah dengar ader isu. Kononnya sesiapa yang nak claim balik mengundi, mesti daftar 3 bulan yang lepas. If tak daftar, maka x boleh nak claim. Abah i yang ke sana ke mari jumpa orang itu orang ini nak tanya pasal ni. Sebabnya, family i antara yang tak tahu perihal ni. Dah nak ngundi, baru timbul isu ni. Yang peliknya, macham mana JKKK buat kerja sampaikan satu2 informasi tu x sampai kepada penduduk di situ. Ader lagi, siap ada cerita yang tersebar mengatakan if nak claim, kene undi parti BN jer, if undi PAS, x boleh claim. Tapi, kawan i undi PAS elok jer dapat claim. Finally, i call kawan i yang terlibat sebagai jentera parti, then i tnya dia macham mana. Okey, dia explained and i faham. So, i suh abah i tanya ngan wakil JKKK yang dimaksudkan and then, orang tu cakap boleh claim. Okey settle.
Now, tibalah hari i balik kampung utk mengundi. First tym balik drive sendiri ngan ditemani adik i yg study kat UTHM. Macham-macham rasalah ada. Risau if i ngantuk tym drive pun ader sbb dah lama x drive sensorang tuk jarak dari KL ke kampung halaman i. Ditambah lagi, sebelum tu i stay up tuk test and midterm exam. Tapi, alhamdulillah, i ngan adik i selamat tiba di kampung halaman.
To be honest, i balik ngundi bukanlah ngan kerelaan hati i. I balik atas dasar tanggungjawab sbb i langsung tak tau apa-apa pasal calon kat tempat i. Yang i kenal dua orang jer. Itupun sebab calon itu adalah ayah kepada kawan-kawan i tym sekolah dulu.
Ini merupakan kali pertama i balik ngundi. 5 tahun yang lalu, i beroncall kat Hospital UKM. Tapi kali ni i balik atas tiket student and penjawat awam. Tamak tak i?? hahaha...i ngundi kat sekolah menengah agama. Depan umah i jer. Jalan kaki pun x sampai 5 minit dah sampai. Tapi, dulu tym kecik2 i rasa macham jauh jer if nak jalan kaki. Kenapa ek??
So, before i masuk bilik mengundi, i pergilah kat salah satu markaz parti yang ader kat situ. I tnya dia, macham mana nak claim balik ngundi sebab i x daftar awal. I memang terus pergi kpd wakil JKKK yang bertanggungjawab. So, dia cakap boleh, tapi kene undi kiter laa. O OK, sempat lagi nak kemepn kat i (o _ 0)
Dah check saluran mengundi, amik no saluran, pergi beratur, masuk calit dakwat kat jari, pangkah calon yang rasa terpaksa kene pangkah, masuk kotak undi, then balik la i ngan adik i. Pergi markaz parti tu balik sbb nak claim undi. Kebetulan wakil JKKK yang i jupe sebelum tue x der. So, ader perempuan len yang datang bercakap ngan i. Tym ni, tym yang sgt menguji kesabaran i. Ironinya dunia politik harus beginikah? Demn it!!!! Marah giler tym nie rasa. Ditambah lagi ngan panas terik matahari. Yang wujud dalam hati tym nie marah+geram+annoyed+bengang=meroyan. Tapi belum nak meroyan. Tanda2 dah ada. Yang paling tak boleh blah biler perempuan tue cakap, "Kiter tak boleh nak bagi duit claim tue sebab awak tak daftar dulu. Awak anak saper?" "Ohhh, anak dfhtfgyajk. Tapi kiter dok lih nok wi la duit tue sebab duit abis doh. Kiter wat kuar 8 ribu doh. Kalu awok nak claim jugok, awak kene gi jupe si M kat jalan lembah. Na, jgn bagi duit kat orang bukan kawasan kiter." Pastu, pompuan tu boleh blah macham tue jer. Tym nie mmg i rasa nak kuar segala kata-kata nista dah. Karang, orang lain lunch makan nasi, tapi pompuan tu makan peti undi. Dipendekkan citer, i balik and buat apa yang dia suruh. Tapi, still x dpt settle gak. So, petang tu, i pegi lagi. Kali nie, i dah pikir strategi. Nak sangat men kotor yer? So, uolls deserved okey. Memang pompuan tu biler nmpk jer muka i dia dah tarik muka. I apa peduli? Gasak ko laa pompuan. Pastu datang dekat i masih lagi guna ayat pagi tadi. So, i guna ayat i pulak. I cakap i dah buat apa yang dia suruh and now, orang yang dia suh jupe tu suh i dtg sini claim duit. Berubah muka pompuan tu. Padan muka ko. Saper suh carik pasal ngan i??? Tapinya, pompuan tue masih taknak bagi duit claim tu. Pastu, pompuan tue pergi cakap kat orang len pulak yang senasib ngan i. I rasa kecik jer pompuan tue kat mata i. Dipendekkan citer lagi, sebab dah lama i duk tggu berdiri kat situ, ader sorang akak nie, datang cakap kat i baik2. Pastu akak tue cakap kat pompuan tue yang i nie anak saper and duk mana. Tapi, nak tau x apa jawapan pompuan mulut longkang tue?? Dia cakap "Kiter tau ye anok ugdnaftsak tapi kiter dok ajin tgk pun anok-anok dia. Kiter dok kenal pun anok-anok dia. Kiter dok lih wi duit tue. Kalu ye nok gop claim ye tggu si M la."
Okey fine. Sebenarnya i dah agak dah apa yang akan terjadi. Pompuan tu mmg x nak bagi i duit claim tue. So, i ajak adik i balik and pergi terus kat umah wakil JKKK tue. And, i dapat claim duit tue. Biler i citer kat abah i sumer, abah i cakap pompuan tue mmg dari dulu lagi tak puas hati ngan abah i. Even, ngan mana2 org kampung kat situ pun. Sbb tue, ader org kampung kat situ, yang tak dapat bantuan walopun terlebih layak. Nampak tak kat situ betapa tak telusnya??
Senang citer, zaman sekarang teknologi kat hujung jari jer. Kalu bab2 ngutuk parti or calon parti len boleh pulak guna segala media elektronik yang ader. Tapi informasi penting macham nie boleh pulak buat senyap and gtau kat orang2 tertentu jer. Padahal, betapa ramainya oarg yang tak tahu menahu pasal nie. Jadi, teluskah kalau macham nie?? To be continue:-

Nota kaki:
Masa akan sentiasa bergerak menuju ke depan. Malah lebih ke hadapan berbanding apa yang kiter fikirkan. Jadi, jika anda telah diberi tanggungjawab, maka laksanakanlah tanggungjawab itu dgn sebaik mungkin biarpun tidak mungkin sempurna. Ikhlas kerana Allah Taala. Bukan demi kepentingan peribadi (* _ *) 

No comments:

Post a Comment

~Because Allah LOVE me~

~Islamic Quotes~