Background

Monday, May 6, 2013

::Trilogi PRU-13 Part III::

Assalamualaikum wbt...
Okey, seperti yang sedia maklum, mengundi itu adalah tanggungjawab yang dituntut demi agama, bangsa dan negara. Tapi, seeloknya, sebelum kiter keluar mengundi, kiter muhasabah diri dulu dan berfikir panjang, parti mana yang kiter nak pangkah. Seharusnya kiter meneliti profil setiap wakil calon sebelum kiter masuk bilik mengundi dan memangkah calon yang selayaknya untuk membantu, mendengar dan membawa suara kiter tanpa ader perasaan pilih kroni atau dengki sesama rakyat jelata. Kenapa i tulis macham nie?? Sebabnya, ader jer yang terlibat dengan dunia politik di atas kepentingan diri sendiri dan anak-beranak dia. Bukti?? Ader sangat!!! Wujud jer...
Berdasarkan pengalaman pertama i balik mengundi dan memangkah calon yang bertanding, sejujurnya i ader kekesalan terselit dihati kerana memangkah parti itu. Biler i fikir balik, i rasa bersalah pulak kat orang kampung i. Tapi, biler asben i cakap, "tak pelah. At least orang yang awak pangkah tu kalah. So, kalau dia tak boleh buat kerja pun, tak pelah sbb dia dah kalah pun. Harapnya moga calon dari parti yang menang tu boleh memberikan khidmat yang sebaik mungkin." 
Rasa sedikit lega biler dengar asben i cakap macham tue. Entah apalah yang i nak menjawab kat akhirat nanti. Lagi 5 tahun mengundi, i harap dah x der situasi begini berlaku di depan mata i ataupun i masih lagi nak kene hadap bende nie semua. So, dalam tempoh 5 tahun nie, i kene perhati dan fikir betul-betul, siapa yang selayaknya untuk diberi mandat. Tapinya, kalau calonnya masih sama, i rasa macham i bakal x balik mengundi jer. Tak pun, asben i cakap i boleh ikut dia balik mengundi kat kampung dia. Tapi, rasanya tak der kot. I lebih suker balik mengundi kat kampung halaman i. Boleh dating ngan ex-boypren...hahaha...motip sangat...(* _ *)
Sebelum i balik kampung utk mengundi, macham2 cerita buruk yang i dengar dan baca. Antaranya:-
PARTI A 
  • Tak telus ngan orang kampung
  • Kroni
  • Mulut macham longkang
  • Suka buat provokasi
  • Korupsi
  • Berlagak+besar kepala+sombong
  • Over react and underestimate
  • Makan duit rakyat
PARTI B
  • Sombong ngan orang kampung
  • Pilih geng tuk jadi kawan ikut parti
  • Over kepartian
  • Suka buat provokasi
  • Kroni
  • Over react
  • Berlagak+besar kepala
  • Makan duit rakyat
  • Korupsi
Kalau diikutkan, lebih kurang sama jer masalah dua parti ni. Patutlah ader yang tak mengundi sebab dua-dua pun sama jer. Patutnya i memang tak payah balik mengundi tahun nie. Biarlah orang len yang menentukan siapa yang mereka nak. Balik pun sekadar balik bercuti jer. Tengok suasana mengundi. Tapi, cakap banyak pun dah tak guna. Keputusan rasmi PRU-13 pun dah dikeluarkan oleh SPR. Terima kasih kepada SPR kerana telah menjalankan tugas yang sebaik mungkin. I selesa untuk balik mengundi ngan segala keperluan yang telah disedikan. Cuma, saya terkilan selepas memilih pasti mana yang i dah pangkah. 
~Saya telah pun mengundi untuk menunaikan tanggungjawab saya kepada agama, bangsa, negara~
Nota kaki:-
Semoga sejarah tak mungkin berulang...2018...i am waiting for the best result...pray for the best...and Allah will answer it...saya sayang Malaysia (^ _ ^)    

No comments:

Post a Comment

~Because Allah LOVE me~

~Islamic Quotes~