Background

Friday, August 31, 2012

~Selamat Hari Kemerdekaan Ke -55 Malaysia~

Tanggal 31
Bulan 8...57
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Hari nie, merupakan hari KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-55...dah 55 tahun negara Malaysia nie mengecapi nikmat kemerdekaan...betapa bertuahnya kita semua ni dilahirkan di Malaysia dan bergelar WARGA NEGARA...terima kasih kepada pejuang-pejuang kemerdekaan tanah melayu...tanpa kamu, siapalah saya dibumi bertuah ini...dan semoga bumi Malaysia sentiasa bertuah aman damai dan terjamin kedaulatannya...AMIN...
Sempena Hari Kemerdekaan ni, I nak share satu story...mungkin ramai yang dah tahu story ni, tapi I tetap nak share story ni...bukan apa, sebagai peringatan untuk diri I jugak...dan jugak orang-orang yang I sayang...

First sekali, cuba kita bayangkan perkara ini berlaku kepada diri kita...

Satu hari, ketika kita semua sedang solat berjemaah disebuah masjid or surau, yang dihadiri oleh tetamu ALLAH SWT lebih kurang dalam 1000 jemaah...syukur Alhamdulillah, kerana kita adalah hamba yang terpilih pada waktu itu kerana sempat menjadi tetamu Allah...
Ketika imam meminta para jemaah merapatkan saf, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian hitam...tak nampak apa-apa kecuali dua biji mata...serta ditangannya ada memegang mesin gun dan dihalakan tepat kearah para jemaah yang ada disitu...lalu, salah seorang daripada lelaki itu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH, sila berdiri ditempat kamu." Dan selepas mendengar amaran daripada lelaki itu, maka bertempiaranlah lari para jemaah semua untuk menyelamatkan diri...daripada jumlah 1000 orang jemaah tadi, yang tinggal hanyalah lebih kurang 50 orang para jemaah...yang masih berdiri tegak ditempat masing-masing, termasuklah pak imam...
Lelaki yang bertempik tadi menghampiri pak imam...dia membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah pak imam sambil berkata "Ok pak imam, saya dah halau SEMUA yang HIPOKRIT...sekarang pak imam boleh mulakan solat." Selepas berkata-kata, kedua-dua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah itu...dan pak imam telah memulakan solat itu dengan tenang...(* _ *)

So, macam mana? adakah you all rasa lawak dengan cerita di atas? tapi sorry naik lorry okey...I tak buat lawak okey...I harap you all dapat fikirkan sesuatu dari story yang I cerita ni...dulu tym skool, cikgu-cikgu I selalu gak story-morry pasal nie...untuk iktibar semua pihak...hehehee...fikir-fikirkan...

1) Pelikkan, dari 1000 orang jemaah yang mengaku diri ISLAM, hanya 50 orang yang betul-betul BERIMAN.

2) Pelikkan, banyak manusia yang MUDAH LUPAKAN ALLAH bila menghadapi bahaya...kedua-dua lelaki tadi hanya membawa mesin gun...and dia tak cakap pun nak membunuh orang yang nak solat...tapi generasi sekarang AMAT LEMAH...baru kena ugut terus lari lintang pukang...lupa yang diri belum solat lagi....huhuhu...

3) Pelikkan, ada juga manusia yang AGAMANYA cuma seminggu sahaja...itu pun bila time sembahyang Jumaat...tunjuk muka kat orang kampung or teman sepejabat yang diri tu solat Jumaat...jer...huhuhu...ada tu yang paling dahsyat, setahun 2 kali jer muncul...bile tiba time sembanhyang raya...

4) Pelikkan, ramai orang lebih percayakan kepada GOSIP and apa yang TULIS KAT PAPER, daripada apa yang tercata kat dalam AL-QURAN...zaman sekarang ni, tafsir berlambak jual kat kedai...tapi nak beli tu, bukan main liat lagi...berkira...tapi cuba kalau bab beli novel cinta, novel thriller, komik, mangga, majalah, langsung tak berkira...bila kita tegur cakap apa-apa hal, sila berbalik kepada Al-Quran, refer Al-Quran, tapi mesti bagi jawapan "Saya bukan pandai sangat Al-Quran...tak tahu nak komen apa." Nah, kalau tak tahu, belajarlah...bukan kena bayar ribu-riban pun nak belajar Al-Quran...tapi konon jelah cakap tak tahu Al-Quran...bila ada jer isu-isu panas keluar kat paper, berapi-api mulut bagi komen mengalahkan mufti-mufti...so, tepuk dada, tanyalah IMAN.

5) Pelikkan, ramai yang pandai bercakap "Dunia adalah SEMENTARA, akhirat adalah tempat yang KEKAL." Tapi, ramai yang berlumba-lumba mengejar kehidupan dunia semata...apa kes?

6) Pelikkan, ramai antara kita yang BOLEH bersembang dengan boypren or girlpren berjam-jam, tapi nak berdoa kepada Allah, alahai MACAM TAK CUKUP MASA...padahal nak berdoa kepada Allah bukan ambil masa lama pun and yang paling penting tak susah pun nak berdoa kepada Allah...tak perlu nak topup bagai...terlintas dihati, itu pun dah dikira doa...sambil naik motor, pun masih boleh berdoa...sambil tengok TV pun boleh berdoa, yang penting ikhlas dan doa itu haruslah berniat baik...insyaAllah, akan diperkenankan...

7) Pelikkan, bila ada yang mengutuk or mengata hal orang lain, cepat jer datang nak join buat ketupat sekali...tapi bila ader orang bagi teguran or nasihat, terus kena sound "Kalau nak bagi ceramah agama, nak bagi tazkirah, pergi surau or masjidlah." Apa, kalau nak bagi ceramah agama or tazkirah, harus pergi masjid or surau je ker? Cetek betul pemikiran korang...

8) Dan yang PALING PELIK SEKALI, ramai orang boleh senyum bahagia bila bawak mulut kisah buruk orang lain, kutuk isteri and suami orang lain, kutuk mak ayah orang lain, jaja cerita kawan-kawan lain, tapi bila isteri, suami, mak ayah dia sendiri yang kene kutuk, or ada yang jaja cerita yang tak sedap dengar pasal keluarga dia orang, mulalah panas hati...sentap bukan main lagi...itu sendirir mau ingatlahkan? What goes around, comes around....(^ _ ^)

9) Terpelik sekali, bila ada orang yang cakap orang tu tak pakai tudung, masuk neraka...orang tu tak solat, masuk neraka...orang tu tak puasa, masuk neraka...tapi TAK SEDAR isteri sendiri pakai tudung pun tak ikut syariat islam yang betul...kalau pakai tudung pun, pakai baju siap ikut body...tahulah body dia cantikkan??? itu belum lagi tambah dengan bau perfume yang boleh buat orang belakang terbersin, lipstik kaler merah mak ngah yang dari jauh lagi dah nampak...belum bab mekap lagik...malas nak cerita...huhuhu...suami sendiri jadi imam ketika solat, bacaan tajwid Al-Faatihah pun lintang-pukang macam kena kejar dengan hantu...diri sendiri kononnya berpuasa dari makan dan minum, tapi lupa nak puasa mulut sekali...itu keje satu hari tak makan minu tapi mengata hal orang...lupa nak puasakan hati sekali...itu yang dari pagi sampai waktu berbuka, hati busuk duk dengki dengan orang...marah-marah tak tentu pasal...itu yang jadi, puasa satu hari, yang dapat lapar semata...ini namanya, diri nak tunjuk pandai agama...huhuhu...



Nota kaki:-
Jangan berbangga dengan apa yang kita miliki, kerana Allah lebih berhak dengan apa yang kita miliki...semestinya apa yang buruk datangnya dari diri kita sendiri, dan yang baik semestinya dari Allah swt...berbalik kepada Al-Quran dan Sunnah, itu lebih baik... 

Thursday, August 30, 2012

~Saya Anak Malaysia~

1957 bulan 8 kita merdeka

Setelah dijajah oleh orang Inggeris, Kamikaze dan Portugis.
Dari Perlis ke Kota Kinabalu rakyat bersatu dan maju,
Bumi bertuah hasil melimpah siapa rajin hidup mewah

Saya Anak Merdeka 

Sedikit masa harus diluangkan, fikirkan sebentar apa yang dijuangkan
Adakah merdeka sekadar laungan, merdeka semuanya keluar gaungan
Merdeka lebih dari tiga jeritan, merdeka bebas dari kesempitan
Pemikiran, otak, akal, minda mungkin tiba masa definisinya di pinda

Hujan emas dinegeri orang, Hujan batu dinegeri kita
Walaupun cantik negeri orang, tentunya Malaysia cantik lagi!
 Melayu, Cina, Iban, India, Kadazan, Portugis pun ada…
Semua kaya dengan budaya dibawah kibaran satu bendera.

Saya Anak Merdeka!!!
Saya Anak Malaysia!!!

Betapa bertuahnya i lahir kat MALAYSIA ni...semua ada...aman damai harmoni...bila masuk bab KEMERDEKAAN, bab politik, just put a side for a while...bukannya apa, pada I, KEMERDEKAAN ni bukan hak milik peribadi satu-satu parti, tapi hak milik mereka yang telah memperjuangkannya. Tapi, bagi budak-budak yang lahir pada zaman sekarang, mereka lagi beruntung I cakap...sebabnya mereka tak perlu rasa susahnya untuk mendapatkan KEMERDEKAAN TANAH MELAYU dulu-dulu...kata orang tue, ibarat masuk rumah, just basuh kaki...semua dah sedia...tapi i tak cakaplah mereka nie tak menghargai erti KEMERDEKAAN...kadang tu, mereka yang generasi baru nie lebih memahami dan menghargai KEMERDEKAAN dan KEDAULATAN negara berbanding dengan mereka yang terdahulu...I tak pin point kat shaper-shaper okey...diri sendiri punya rasa, jadinya sendiri mau ingatlahkan? huhuhu....
SEJARAH banyak mengajar I erti KESUSAHAN, KEPAYAHAN, PENGORBANAN dan PENGHARGAAN pada sesuatu yang dimiliki...sukarnya untuk mendapatkan KEMERDEKAAN suatu waktu dulu, hanya PEJUANG-PEJUANG TANAH AIR sahaja yang lebih tahu...I pula, hanya belajar mengerti itu semua dari pembelajaran subjek sejarah kat sekolah dan extra reading yang I buat...pelik tapi itulah realitinya...and please lah, jangan sesekali mempolitikkan isu KEMERDEKAAN MALAYSIA...I mahu terus berpijak di bumi yang nyata...I mahukan KEAMANAN ini berkekalan sampai bila-bila...I mahukan anak-cucu I menikmati KEAMANAN dan KEHARMONIAN yang pernah I rasai sekarang ini....I taknak anak-cucu I merempat di tanah air sendiri...I taknak generasi akan datang mengalami nasib "BUMI DIPIJAK MILIK ORANG" tapi I nak mereka tahu and sedar, untuk MEMPERTAHANKAN apa yang miliki sekarang ini...mereka perlukan PENGORBANAN...
Apa yang pasti, SEJARAH tak boleh diubah walau siapa pun yang cuba mengubahnya...SEJARAH juga tak dapat disembunyikan walau siapa pun yang cuba menyembunyikannya....tetapi SEJARAH boleh berulang jika kita ALPA dalam mempertahankan KESUCIAN TANAH AIR KITA...
MERDEKA...bukan hanya pada negara...tapi juga pada pemikiran...pada jati diri...pada budaya hidup...pada akal pemikiran...pada jiwa yang bersemangat kental...I rasa I beruntung tinggal di MALAYSIA YANG MEMPUNYAI MASYARAKAT MAJMUK...kerana kepelbagaian kaumlah kita menjadi satu negara yang kuat...kerana kepelbagaian budaya itulah membuatkan kita menjadi unik...Salam Merdeka untuk semua...Merdeka!! Merdeka!! Merdeka!!

Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Kemana harusku bawakan
Kemana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Keutara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Nie kira lagu wajib nyanyi kat UiTM...masa diploma dulu, kalau sambut ambang merdeka, mesti kena nyanyi lagu ni...kadang tu, I nyanyi sampai menitis airmata...pada I lirik lagu ni amat mendalam meaning dia...kerana AKULAH PENYAMBUNG WARISAN...

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE-55
SEMOGA TANAH AIR MALAYSIA AKAN SENTIASA AMAN
SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KEDAULATAN DAN KEAMANAN BUMI MALAYSIA

Nota kaki:-
Kepada shaper-shaper yang taksub sangat dengan politik sehingga sanggup menggadaikan kedaulatan negara, please lah...sila pergi ke Jabatan Pendaftaran Negara and gugurkan kerakyatan...I nak hidup secara aman damai lagi harmoni...peace nor war (* _ *)  

Thursday, August 23, 2012

~Jalur Gemilang~

Raya dah lepas...sekarang time tuk kibarkan jalur gemilang pulak...bile I tanya Inchik Amin Botak, "Kita bila nak kibarkan bendera Malaysia?" Inchik Amin Botak jawab, "Kitakan dah kibar sepanjang tahun." huhuhu...memmelah kat umah I nie, bendera berkibar sepanjang tahun...sebabnya, I dah gantungkan bendera tu kat tingkap atas bilik I dengan kat grill sliding door...so, secara otomatiknya dah sepanjang tahunlah I kibarkan bendera tu...hehehehe...(* _ *)
Memandangkan Merdeka tahun ni I kat Key Ell, so, konon-kononnya I bajet nak pergi sambut merdekalah...I kalau bab-bab semangat kemerdekaan ni memme terlebih patriotik...cuma masa jer tak berapa nak mengizinkan...tapi itulah, I nie dah lama takder join mana-mana function celebrate merdeka day...dulu, masa kat UiTM aderlah jugak celebrate kat padang kawad tu...siap ader bunga api bagai...siap di rasmikan oleh Dr.M lagi...pastu siap ader pentomin dari budak-budak PALAPES lagi...memmelah terhibur...hehehe...seingat I, tahun tu sambutan merdeka peringkat UiTM antara yang best dan terbaik...sebabnya dari i first year sampailah third year, tym second year itulah celebrate merdeka day yang terbaikkkkk....kalau sekarang I tak cuti kat UiTM, mesti I dah menapak naik ke padang kawad untuk celebrate merdeka day...itupun kalau adalah...hihi
Apapun, jom layan lagu Jalur Gemilang...lagu kebanggaan negara MALAYSIA yang tiada unsur-unsur politik...yang ada hanya semangat patriotism...lagu ni pun antara lagu wajib nyanyi kalau ader apa-apa function kat UiTM... 
 

Nota kaki:-
Saya Sayang Malaysia...I Love Malaysia...and I Pray, semoga Allah memelihara keamanan dan kedaulatan negara Malaysia dari ancaman musuh luar dan dalam negara...amin...kita satu bangsa...satu negara...satu matlamat...satu Malaysia...(* _ *)

Sunday, August 19, 2012

~Salam Aidilfitri~

Dam...dam...dum...bunyi mercun...tapi jangan sampai ada yang putus jari...buta mata...atau sebarang kecacatan yang disebabkan oleh pak mercun...tapi selalunya, kalau malam raya, mesti tak syokkan kalau tak main mercun+bunga api...tapi, I nasihatkan, just main bunga api sudahlah yer...yang penting selamat...
Suasana malam raya kat kampung asben I tak sama dengan kampung I...kalau kat kampung I, malam raya mesti budak-budak dah meronda naik beskal pusing-pusing satu kampung...main bunga api kat laman rumah...pasang pelita...I dulu masa budak-budak pun macam tu gak...malam raya naik beskal ronda kampung...bukan nak tolong my mom masak ker apa...malaskan I ni? huhuhu...tapi bukan malas okey...I kalau tolong my mom, alamatnya dari awal sampai akhir, I memme asyik kena bebel jelah...hehehehe...(^ _ ^)
Memandangkan malam raya tahun ni I kat kampung asben I, walopun first tym kira taderlah I jakun benor...okey-okey jer...malam raya I buat apa jer...rebus ketupat jer kot...pastu pasang pelita...aktiviti lain, tido...huhuhu...
Pagi-pagi raya pulak, keje I satu jer...pasang alas meja dalam rumah...pastu, sarapan...then, I pergi sembahyang raya together-gether ngan Inchik Amin Botak, abah and mak mertua I...pengalaman I solat raya kat kampung asben I, kira okeylah...takde apa yang pelik pun...cuma lepas solat raya ada tahlil...itu aja kot yang berbeza...the rest, sama saja...
Lepas sumer dah ada and dah siap, aktiviti salam-salaman bermaaf-maafan...bagi duit raya...dapat duit raya...pastu sesi bergambar ramai-ramai...tema kali ni, hijau okey and baju raya I dibeli last minute okey...nasib baik sempat antar kampung I...kalau tak, i recycle baju raya tahun-tahun lepaslah...tak pun cari baju yang dah siap, pastu oter sendirik...huhuhu
Hari raya pertama jer, pusing beraya umah saudara-mara belah asben I...memandangkan sumer pun ader dekat-dekat situ and dapat jumpa sumer, satu hari pun dah settle berjalan...hari raya kedua pulak, just pergi rumah sedara yang tak sempat nak pergi pada hari raya pertama...malam raya kedua, I dah balik bangi sebab esok pagi-pagi dah nak gerak balik kampung I pulak...konsep I ngan asben I, kami raya dekat dua-dua belah kampung...ader orang, sebab kampung masing-masing jauh, so, balik raya ikut tahun...tapi I ngan my asben tak macam tu...kami akan balik dua-dua kampung sekali sebab dua-dua pun mak and abah...
So, kesimpulannya, kalau raya kat kampung asben I adalah sesi makan-makan...kebetulan, raya kali ni, sumer adik-beradik asben I balik situ...so, meriahlah sebab sumernya ada...yang takder cuma adik ipar I jer sebab tahun ni dia balik kampung wife dia dulu...itu pun kampung sebelah jer...sempat datang singgah kalau ada kelapangan...(* _ *)
So, takderlah scray mana pun kalau malam raya kat umah mertua...I jer yang duk terpengaruh ngan anasir-anasir kengkawan I yang cakap malam raya kat umah mertua tak best....tapi I enjoy jer...mungkin yang tak best tu pada dia orang kot...I okey jer...yang penting hati mau happy...tak mo sedih-sedih sebab Syawal harus disambut dengan kegembiraan (^ _ ^)

Okeylah, tamat sudah cerita raya I...
Yang ada hanyalah kenangan...
Dan yang pastinya, raya tahun ni sumer best...


Nota kaki:-
Raya kali ni, I sangat happy sebab i cuti panjang mengalahkan orang yang cuti bersalin raya...sebab I dapat makan sumernya...kalau orang bersalin, mereka kena pantangkan...kan...kan...kan...tapi I boleh makan sumer yang I rasa nak makan+dapat duit raya dari mertua and asben I...(* _ *)

Wednesday, August 15, 2012

~First Time Malam Raya Di Rumah Mertua~

Hari nie dah masuk 25 Ramadhan...tinggal lebih kurang 5 hari jer lagi...sebelum sepuluh Ramadhan yang last ni, i dah siapkan 7 cookies raya...nampak macham banyak tapi sebenarnya sikit jer...satu jenis cookies, dapatlah dalam 150-180 biji cookies...cuma Almond London jer buat banyak...250 biji...biler dah masuk 3 bekas, makanya tinggallah sedikit...ada cookies tu, dapat 10 biji jer kat umah i...yang len i dah tolak untuk umah mertuan dengan umah my mom...dolu-dolu i suker beli biskut raya sebab i memang x bakat nak buat biskut raya nih...bakat terpendam i hanyalah makan...hahahaha....tapi, bukan isu cookies raya yang i nak story morry kat sini...isunya, tahun ni first tym i bermalam raya kat rumah mertua i...sebab selepas i kahwin dulu, first year raya as asben and wife, balik kampung i...next year kampung asben i, tapi i oncall malam raya dengan raya ke-3...lepas jer habis oncall i terus balik kampung i kat dungun...last year i raya kat kampung i...pastu balik kampung asben i...tapi last year i tak dapat nak beraya sakan sangat sebab lepas raya jer i terus start kelas...huhuhu...memang syahdulah masa tu...tiap-tiap hari minggu i busy...buat kad pelajar, kenduri kahwin adik ipar i, pastu kenduri kahwin sepupu belah asben i...pendek kata hari minggu utk raya tahun lepas adalah hari kenduri-kendara...this year pulak, turn asben i...so, tak payah nak berebut balik kampung siapa okey....(^ _ ^)
This year, first tym i bermalam raya kat umah mertua i...mesti i macam jakun jer...adik-beradik ipar i sumer rajin-rajin...i pulak bukanlah cekap sangat kalau bab dapur...buat kerja pun terhegeh-hegeh...huhuhu...kata inchik Amin Botak pulak, dia dah lama tak der kat kampung tym malam raya...ingat-ingat lupa jer suasana malam raya kat umah dia macam mana...cehhhh...tu sebenarnya nak perli i lah tu...maklumlah sejak dia kenal i, malam raya dia adalah di Key Ell...hehehe...sebelum bertunang, i memang kena oncall raya...Amin Botak siap sanggup tunggu i habis oncall di pagi raya tu, baru dia balik kampung....kiranya dia balik pagi rayalah...sekali dengan i...i risau jugak buatnya i tidur jer kat umah dia nanti...yelah, tahun lepas, biler i oncall malam raya, memme esoknya i tidur jelah sebab malam nanti nak oncall lagi...huhuhu...tapi, i lah orang yang paling banyak berjalan and makan...tak der feel macam kena oncall raya pulak...lepas tu, raya ke-2 i oncall lagi...siang...malamnyer i balik kampung...Amin Botak jugak yang antar i kat stesen bus...lepas tu, dia balik akmpung dia sambung raya....(* _ *)
So, memandangkan tahun ni first tym i kat umah mertua di malam raya, i tak tahulah apa yang i nak buat...i pun tak sure berapa orang adik-beradik ipar i yang balik umah mertua i tahun ni sebabnya kalu dulu, confirm semua ada tapi last year mostly dah kahwin...
I dengan asben i cukup senang kalau masuk bab raya...tak perlu nak kecoh-kecoh raya mana dulu...senang ikut giliran...i pulak raya mana-mana pun tak kisah sebab dua-dua pun mak ayah...takder beza pun...yang berbeza adalah kenangan, pengalaman, situasi, suasana and aktiviti...makanan pun i rasa berbeza jugak kot...kalau kat kampung i, raya pertama jer kot yang meriah...raya ke-2 orang dah start puasa sunat tapi kalau kat kampung asben i, sebulan kot puasa... (* _ *)
Sempena raya kali ni, i decorate sendiri kad raya tuk asben i...hehehe...rajin kan i ni? Nie laa hasilnya kad raya yang i deco...tadaaaa...


~Kad Raya yang i deco khas untuk inchik Amin Botak~

~Nah...kad raya untuk AWAK...!~
~Sebab AWAK memang BEST!!~
Nota kaki:-
This year, kali ke-2 i raya sebagai student lagi...dulu tym dip of cos laa as a student, and now as a student+study leave worker+full tym house wife=ME...jadinya dapatlah inchik Amin Botak bermalam raya di kampung halaman dia...mesti dia jakun sebab dah 4 tahun dia x merasa malam raya di kampung halaman...yang ada ialah malam raya di Key Ell and my home town...hehehe...tapi malam ni i nak ajak asben i pergi merendet di Key Ell...oh Key Ell...tapi naik LRT jelah...mana nak dpt parking tym ujung-ujung dah nak raya ni...bayar parking je pun dah boleh makan KFC...(* _ *)

 

Monday, August 6, 2012

~Biskut Coklat Rice~

Hari ni, nak hupdate sekut raya lagi...hehehe...rajin laa sangat i ni wat sekut raya kan? Tapi kali nie i buat sekut raya ni sensorang sebab Inchik Amin Botak tiada di rumah sebab kerja...i malas nak tunggu dia malam karang sebab malam karang i sibuk nak survey pasal cake pulak...huhuhuhu...
So, nama sekut ni adalah Biskut Coklat Rice...nie pun salah satu sekut feveret i...rasa dia pahit-pahit coklat gitu...i siap kurangkan kandungan gula lagik sebab i nak rasa manis gula tu ubah texture rasa sekut i ni...(* _ *)
Masa nak wat sekut nie, macam-macam resepi i jumpa...dalam majalah rasa ada, kat tenet apatah lagi...cuma yang i pelik, kalau dalam majalah rasa tu, tak der guna telur...i macham pelik sikitlah...sebab banyak2 sekut yg i buat sumer ader telur at least seketul...so, i pun google laaa tanya pakcik google...sumer resepi yang i jumpa pakai telur...tapi texture sekut tue tak menarik perhatian i...pastu mostly letak coklat rice tue dalam sekut...i taknak yang macham itu...i nak yang macham selalu i order kat kertas...so, i google lagik sampailah i jumpa dari blog chef hanieliza...tapi, resepi dia i ader ubah sikit ikut citarasa i...

     Bahan-bahan (180 biji):-

250 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
60 gram serbuk koko ( i gune serbuk koko van houten)
120 gram gula kastor
250 gram butter
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila

     Untuk hiasan:-

Coklat rice secukupnya
1 biji putih telur

     Cara-cara:-

1. Ayak tepung gandum, tepung jagung bersama serbuk koko.
2. Pukul butter dan gula kastor hingga kembang dan sebati.
3. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit.
5. Uli adunan sampai menjadi doh.
6. Canai dan tekap dengan acuan pilihan.
7. Susun dalam loyang.
8. Sapukan putih telur dan taburkan coklat rice.
9. Bakar pada 170 degree celcius selama 15-20 minit atau sehingga masak.
10. Selepas itu, keluarkan dan biarkan sejuk seketika di dalam loyang.
11. Setelah betul-betul sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

Nie laaa hasilnya....taaadaaaa...

~Siap diuli menjadi doh yang lembut...tapi bukan lembik yer~

~Siap dicanai dan ditekap dengan acuan bunga~

~Siap disapu dengan putih telur dan tabur coklat rice~
~Siap dibakar dan disejukkan seketika di dalam loyang~
~Setelah sejuk betul-betul, nie laaa hasilnya~

~Warna coklat pekat dengan rasa yang sedap~

~My feveret cookies raya akhirnya berada di depan mata~
   Nota kaki:-
Inchik Amin Botak cakap, lepas ni i dah tak payah nak order kat kertas or tunjuk kat kedai lagi kalau nak beli kukis raya...i boleh amik tender tetap every year buat kukis raya...huhuhu...tak buat banyak-banyak pun tak per...asalkan boleh bawak balik kampung sikit cukuplah...satu rumah 50-100 biji...so ader 3 umah just buat 150-300 biji jer dah cukup...bukan nak makan banyak sangat pun kan? len laa kalu almond london...i memme hantu almond london tapi tym buat hari tue, jenuh rasa nak siap...part yang paling susah lagi kritikal adalah letak coklat (* _ *)  
         

~Because Allah LOVE me~

~Islamic Quotes~