Jeng-jeng-jeng,
menu biskut raya tuk ramadhan ke13 nie adelah Biskut Cornflakes
Ranggup...tapi, i x sure laa tahap keranggupannya sbb i x pernah buat
biskut nie...dolu-dolu tym kanak2 buat biskut nie pun i tukang letak
buah ceri jer...my mom yg sukat-uli-adun and bakar...i kan budak2 lagik
tym tue...umur pun x silap i 8 tahun kot tapi sebenarnya biskut nie
salah satu dari feveret i gak...macham kata Inchik
AMin Botak "naper awak cume buat biskut feveret awak jer??? abis tue
biskut feveret abg xder ker??" and biler i tnya biskut apa, dia cakap
"biskut lemak-sayur jacobs" perghhhh....xyah laaa nak suh i buat
biskut jacobs bagai yer....beli sudah...kat kedai or pasaraya byk...nnti
klu u tak beli, rugi pulak company jacobs...hahahhaa
Biskut
nie tak lama pun buat...sekejap jer sbb biskut nie tak seremeh-temeh
macham nak buat tart nenas gulung or almond london...campak itu-campak
ini dah siap boleh bakar....So, nie laa resepinya....
Bahan-bahan (utk 180 biji):-
250 gm mentega
3/4 cawan gula ising
1 sudu kecil esen vanila
1 biji kuning telur
250 gm cornflakes (diramas sedikit sampai sedikit hancur)
2 cawan tepung naik sendiri
*
Untuk tepung, kalu tak nak gune tepung naik sendiri, boleh gune tepung
gandum biasa, tepung jagung and sedikit serbuk soda bikarbonat.
250 gram tepung gandum
125 gram tepung jagung
1/2 sudu soda bicarbonate
Untuk hiasan:-
Ceri merah dan ceri hijau yang dipotong kecil
Paper-cup secukupnya
*
Untuk hiasan pulak, kalu taknak guna buah merah and hijau, boleh
gunakan buah ceri papaya yang kaler merah and hijau yang dah siap di
potong kecik2 tue...
Cara-cara:-
1. Pukul mentega ngan gula isinh hingga sebati and kembang.
2. Masukkan kuning telur and pukul lagi.
3. Masukkan esen vanila and pukul lagi.
4. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Gaul sebati.
5. Masukkan cornflakes and gaul lagi sampai sebati.
6. Sudukan doh ke dalam paper-cup or bulatkan and masukkan ke dalam paper-cup.
7. Hiaskan ceri merah and hijau kat atas biskut.
8. Bakar dalam oven pada 150 degree celcius, selama 12-15 minit.
9. Dah masak, sejukkan seketika di dalam loyang.
10. Keluarkan and bila dah sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.
Dah siap tue, apa lagi, boleh laa snap2 amik gambar....hehehhe...
Doh yang dah siap di hias and ready tuk di bakar |
Dalam oven pun dah bau wangi...huhuhu |
Tengah di sejukkan seketika selepas dikeluarkan dari oven |
Ready tuk di makan....yummm...yummm...memme ranggup (* _ *) |
Nota Kaki:-
Ekceli, i nak gune buah ceri merah ngan hijau tp asben i salah beli ceri papaya...dah laa beli smpi 1 kg...bajet nak buat 1000 biji kuih agaknya....nak bukak bisnes agaknya....hahahhaa...dah laa ritu gelakkan i beli badam 1kg...aduyaiiii....syndrome 1 kg agaknya i ngan asben...memasing x pernah buat kuih....nie laa jadinya...tp i suker....selamat duit x yah beli kuih (* _ *)
No comments:
Post a Comment