Background

Monday, August 6, 2012

~Biskut Coklat Rice~

Hari ni, nak hupdate sekut raya lagi...hehehe...rajin laa sangat i ni wat sekut raya kan? Tapi kali nie i buat sekut raya ni sensorang sebab Inchik Amin Botak tiada di rumah sebab kerja...i malas nak tunggu dia malam karang sebab malam karang i sibuk nak survey pasal cake pulak...huhuhuhu...
So, nama sekut ni adalah Biskut Coklat Rice...nie pun salah satu sekut feveret i...rasa dia pahit-pahit coklat gitu...i siap kurangkan kandungan gula lagik sebab i nak rasa manis gula tu ubah texture rasa sekut i ni...(* _ *)
Masa nak wat sekut nie, macam-macam resepi i jumpa...dalam majalah rasa ada, kat tenet apatah lagi...cuma yang i pelik, kalau dalam majalah rasa tu, tak der guna telur...i macham pelik sikitlah...sebab banyak2 sekut yg i buat sumer ader telur at least seketul...so, i pun google laaa tanya pakcik google...sumer resepi yang i jumpa pakai telur...tapi texture sekut tue tak menarik perhatian i...pastu mostly letak coklat rice tue dalam sekut...i taknak yang macham itu...i nak yang macham selalu i order kat kertas...so, i google lagik sampailah i jumpa dari blog chef hanieliza...tapi, resepi dia i ader ubah sikit ikut citarasa i...

     Bahan-bahan (180 biji):-

250 gram tepung gandum
50 gram tepung jagung
60 gram serbuk koko ( i gune serbuk koko van houten)
120 gram gula kastor
250 gram butter
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanila

     Untuk hiasan:-

Coklat rice secukupnya
1 biji putih telur

     Cara-cara:-

1. Ayak tepung gandum, tepung jagung bersama serbuk koko.
2. Pukul butter dan gula kastor hingga kembang dan sebati.
3. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Pukul lagi sehingga sebati.
4. Masukkan tepung yang telah di ayak tadi sedikit demi sedikit.
5. Uli adunan sampai menjadi doh.
6. Canai dan tekap dengan acuan pilihan.
7. Susun dalam loyang.
8. Sapukan putih telur dan taburkan coklat rice.
9. Bakar pada 170 degree celcius selama 15-20 minit atau sehingga masak.
10. Selepas itu, keluarkan dan biarkan sejuk seketika di dalam loyang.
11. Setelah betul-betul sejuk, simpan di dalam bekas kedap udara.

Nie laaa hasilnya....taaadaaaa...

~Siap diuli menjadi doh yang lembut...tapi bukan lembik yer~

~Siap dicanai dan ditekap dengan acuan bunga~

~Siap disapu dengan putih telur dan tabur coklat rice~
~Siap dibakar dan disejukkan seketika di dalam loyang~
~Setelah sejuk betul-betul, nie laaa hasilnya~

~Warna coklat pekat dengan rasa yang sedap~

~My feveret cookies raya akhirnya berada di depan mata~
   Nota kaki:-
Inchik Amin Botak cakap, lepas ni i dah tak payah nak order kat kertas or tunjuk kat kedai lagi kalau nak beli kukis raya...i boleh amik tender tetap every year buat kukis raya...huhuhu...tak buat banyak-banyak pun tak per...asalkan boleh bawak balik kampung sikit cukuplah...satu rumah 50-100 biji...so ader 3 umah just buat 150-300 biji jer dah cukup...bukan nak makan banyak sangat pun kan? len laa kalu almond london...i memme hantu almond london tapi tym buat hari tue, jenuh rasa nak siap...part yang paling susah lagi kritikal adalah letak coklat (* _ *)  
         

No comments:

Post a Comment

~Because Allah LOVE me~